IGP: Remaja Ditahan Bukan Suspek Bakar Tahfiz

Kisah tular seorang remaja lelaki yang ditahan polis pada Jumaat sebenarnya bukan suspek kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat di sini.

 

Sebaliknya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengakui ada seorang yang berjaya ditangkap pihak polis, tetapi dia bukan suspek kes kebakaran tragik bangunan pusat tahfiz tersebut pada awal pagi Khamis lalu.

“Jika ditanya ada tangkapan, ya memang ada. Tetapi dia bukan pun suspek kebakaran namun penahanan remaja tersebut kebetulan hanya untuk membantu siasatan pihak polis,” kata beliau ketika dihubungi malam tadi.

Sebelum ini, berita mengenai seorang pelajar tahfiz menyelinap keluar dari asrama beberapa jam sebelum kejadian kebakaran ditahan polis untuk siasatan telah menjadi tular menerusi media sosial sehingga cetus spekulasi. -MyNewsHub

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *