Harimau Muda Ke Final

Pasukan bola sepak bawah 18 negara berjaya menepati ramalan ke perlawanan akhir kejohanan AFF bawah 18 selepas menumbangkan tuan rumah Myanmar 4-5 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Thunwunna,Yangon,petang semalam.

Kejayaan itu sekali gus memberi peluang kepada pasukan kendalian Bojan Hodak untuk melaksanakan misi balas dendam berikutan kekalahan pasukan bawah 22 tahun yang tewas kepada Thailand pada perlawanan akhir sukan SEA Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada perlawanan akhir nanti, pasukan negara akan bertemu Thailand yang terlebih dahulu mengesahkan kedudukan ke perlawanan akhir apabila menewaskan Indonesia 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

Pasukan negara akan bertemu Thailand pada Ahad ini namun setakat ini MulutPuaka tidak mendapat info lagi jika terdapat siaran langsung nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *