TAHFIZ: Keputusan DNA Petang Ini

Keputusan padanan DNA membabitkan 23 mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hanya akan diketahui seawal-awalnya jam 3.30 petang ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berbincang dengan pihak Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang semalam.

Datuk Seri Jamil Khir juga memaklumkan bahawa pihaknya mencadangkan semua jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Raudatul Sakinah, namun bergantung kepada waris keluarga.

“Untuk tujuan ini juga, kita sudah sediakan penginapan hotel iaitu di Hotel Putra dan Hotel Grand Season untuk waris terdekat bermalam sementara menunggu petang esok,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *