TAHFIZ: ASWAJA gesa kerajaan beri perhatian

Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) menggesa kerajaan supaya memberi perhatian dan membantu pusat tahfiz di negara ini agar mereka dapat menikmati infrastrukur yang selesa dan selamat untuk anak-anak menuntut ilmu.

Presiden ASWAJA Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari berkata, sudah tiba masanya untuk kita mengambil tindakan yang serius memastikan aspek keselamatan pusat tahfiz diberi tumpuan sepenuhnya bagi mengelak tragedi seumpama ini berulang di masa akan datang.

“Sesungguhnya anak-anak syurga ini mati dalam keadaan syahid, yakni ketika berjihad menuntut ilmu.

“Oleh itu ASWAJA juga berharap agar orang ramai tidak menyebarkan gambar tragedi malang itu kerana bimbang ia boleh melukakan hati keluarga mangsa.
Marilah sama-sama kita berdoa pada Allah agar keluarga mangsa diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik sukar ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *