Susu Ibu Kering……

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU MUSLIM) dengan kerjasama MAPIM dan SINAR4ROHINGYA yang mewakili gabungan NGO tempatan dan antarabangsa telah memasuki kem pelarian Rohingya semalam di sempadan Bangladesh dan Myanmar.

Setiausaha SERANTAU MUSLIM Ustaz Hakim Mohd Nor telah menyampaikan amanah orang ramai berupa pakej bantuan makanan sebanyak 500 unit.

Antara kandungannya termasuklah beras, kacang Dhal, minyak masak, kentang dan garam itu disampaikan kepada 500 buah keluarga yang mendiami di Kem Tankhali, Teknaf dimana penerimanya adalah pelarian yang baru tiba kurang daripada seminggu.

”Keadaan di kem ini sangat menyedihkan. Terlalu ramai pelarian yang baru tiba tanpa sebarang kelengkapan hidup. Dianggarkan seramai 500,000 orang pelarian baru tiba dalam tempoh seminggu kebelakangan ini. Kebanyakan mereka hadir dalam keadaan sehelai sepinggang saja.

“Sebaik sahaja kami tiba di khemah pelarian, kami telah diserbu dan dikerumuni ribuan pelarian dan semuanya meminta perkara yang sama, iaitu makanan.

Ustaz Hakim kini berada di Tankhali Bangladesh

“Hati siapa yang tidak tersentuh apabila melihat kehadiran beberapa orang bayi yang lemah dan lesu. Menurut ibunya, dia tidak dapat memberi bayinya susu badan kerana susunya kering disebabkan beliau sendiri tidak makan sejak beberapa hari.

“ Atas sebab itu, setelah melihat sendiri keadaan para pelarian ini, dapat disimpulkan bantuan kecemasan yang paling diperlukan adalah makanan.

SERANTAU MUSLIM merayu orang ramai segera menghulurkan bantuan kecemasan berupa makanan dengan melayari laman web untukmurohingya.com ataupun menderma terus ke akaun bank Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim , 5641-0042-1083 (Maybank Islamik) dan maklumkan kepada 010-8659407 untuk sebarang transaksi yang dilakukan bagi tujuan rekod.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *