Myanmar Jangan Biadap

Bertempat di Masjid Amaniah di Jalan Sungai Tua, hampir 1,000 orang terdiri daripada NGO Islam dan etnik Rohingya di Malaysia menyertai perhimpunan aman mengutuk serangan ke atas umat Islam di Arakan.

Ia turut disertai MAPIM, PERMAS, GAGAH, PASRelief dan FFFM yang menyatakan rasa simpati dengan apa yang menimpa saudara seagama di sana.

NGO Islam bersatu suara kutuk Myanmar

Presiden GAGAH, Yahya Long Ali berkata, ia adalah sebagai menunjukkan rasa tidak puas hati di atas kebiadaban Myanmar yang seolah-olah tidak peduli dengan kemarahan dunia sejak 25 Ogos lalu.

“Sebelum daripada ini pun, kita lihat bagaimana angkuhnya mereka. Langsung tidak peduli nasib umat Islam Rohingya malah terus menindas tanpa belas kasihan.

“NGO Islam hari ini sebulat suara membantah sikap kurang ajar Myanmar dan seperti ditegaskan sebelum ini, kita mahu sekatan ekonomi dikenakan termasuk menghantar rakyat mereka pulang ke sana,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *