Memang Rancang Nak Bakar

Pembunuhan terancang. Ada bukti baru menerusi imej satelit menunjukkan pembakaran kampung etnik Rohingya dilakukan secara sistematik selama tiga minggu lalu untuk mengusir penduduk keluar dari Rakhine.

Dalam imej satelit yang dikeluarkan Amnesty International, jelas menunjukkan sasaran pasukan keselamatan adalah kampung di utara negeri berkenaan untuk melakukan pembersihan etnik.

Pasukan keselamatan Myanmar turut mengelilingi kawasan perkampungan terbabit, menembak penduduk yang sedang melarikan diri, membakar rumah dan menggambarkan tindakan itu sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.

“Keterangannya tidak boleh dinafikan iaitu pasukan keselamatan Myanmar menetapkan utara Rakhine dalam kempen yang disasarkan untuk menghalau etnik Rohingya dari Myanmar. Ini adalah pembersihan etnik,” kata Tirana Hassan, yang juga Pasukan Tindak Balas Krisis kumpulan itu.

Menurutnya, pihaknya mengesan sekurang-kurangnya 80 kebakaran besar di kawasan yang didiami penduduk sejak 25 Ogos, berikutan serangan terhadap pos kawalan polis oleh pemberontak Tentera Pembebasan Rohingya Arakan (ARSA).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *