Kedah Tundukkan Selangor

KEDAH membawa bekalan selesa untuk aksi kedua suku akhir Piala Malaysia 2017 apabila berjaya menewaskan tuan rumah, Selangor 2-3 di Stadium Selayang malam tadi.

Gol yang dijaringkan pemain import Kedah Ken Ilso pada minit 7′ dan 15′ memastikan kemenangan pasukan pelawat sebelum Syazwan Zainon mengukuhkan kedudukan pada minit 68.

Manakala skuad kendalian P Maniam berjaya menjaringkan gol pada minit 56′ dan 71′ menerusi Rufino Segovia.
Sementara itu, perlawanan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka menyaksikan PKNP FC melakukan kejutan apabila menewaskan tuan rumah 1-3.

PKNP FC membuka tirai jaringan menerusi Muhd Shahrel Fikri pada minit ke 10 disusuli gol kedua pada minit 45 menerusi pemain yang sama.
Malah Muhd Shahrel terus beraksi cemerlang apabila berjaya menghasilkan gol ketiga pada minit 68′.

Gol saguhati FELDA United dijaringkan Muhammad Hadin Azman pada minit 77′.

Selain itu di Stadium Hang Jebat pula, JDT menang bergaya apabila menewaskan tuan rumah Melaka United 1-4.

JDT mendapat gol pertama menerusi penyerangnya Mohd Ghaddar pada minit ke 7′.dan 34′ sebelum mengukuhkan kedudukan dengan gol ketiga pada minit 68′ meneruso Innacio Insa dan Safiq Rahim minit 85′.

Melaka United pula memperoleh gol saguhati menerusi Marco Simic minit ke 45′.

Nampaknya perlawanan pusingan pertama memperlihatkan semua pasukan pelawat berjaya memperoleh kemenangan untuk dibawa ke halaman masing-masing pada 24 September depan.

Perlawanan bagi pasukan Pahang menentang Perak pula akan berlangsung Sabtu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *