Jalan Putra Ditutup: PDRM

SEMPENA PARA Games ASEAN Ke 9 yang akan berlangsung mulai 17 hingga 23 September, beberapa jalan utama di sekitar bandaraya ini akan ditutup bagi memastikan kelancaran sukan berkenaan.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Supritendan Ahmad Adnan Basri, Jalan Putra akan ditutup sepanjang berlangsungnya temasya dwi tahunan itu.

Beliau berkata, jalan berkenaan akan ditutup seawal jam 6 pagi dan orang ramai boleh menggunakan alternatif lain untuk ke destinasi masing-masing.

“Pengguna jalan raya diminta mematuhi arahan berkenaan bagi membantu kelancaran trafik.

“Malah mereka digalakkan menggunakan pengangkutan awam jika mahu ke destinasi masing-masing tanpa sebarang masalah,” katanya.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi 032071999 untuk maklumat lanjut atau melayari laman sesawang atau Facebook PolisKL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *