Hospital Kerajaan Pun Ada ‘Kelaslah’

Kata orang, berada di hospital kerajaan untuk menerima rawatan pastinya akan mengambil masa lama. Ada yang kata berjam-jam kerana kakitangan bekerja sambil lewa, ada yang kata kakitangan duduk saja, malah ada yang bersetuju dengan ungkapan ‘ kalau nak tunggu sampai berjanggut, pergilah hospital kerajaan.

Keadaan itu menyebabkan ramai yang beranggapan bahawa hospital kerajaan tiada kelas, tidak bermutu dan ditambah pula servis yang lembab.

Berkongsi pengalaman dengan mulutpuaka, seorang pembaca mengakui dia berdepan keadaan itu awal pagi semalam selepas menghantar ibunya ke Hospital Sungai Buloh.

Bayangkan dalam tempoh tiga jam ibunya bersandar di atas kerusi roda tersengguk-sengguk tidur dalam keadaan tidak selesa kerana terpaksa menunggu tiga jam untuk berjumpa doktor.

 

Kebetulannya, di hospital itu malam tadi ramai pesakit menunggu giliran mendapatkan rawatan, ada yang demam, sakit perut dan cedera selepas terbabit kemalangan.

Mulanya, dia berasa geram seolah-olah mesin nombor berkenaan ‘tak jalan’ kerana mengambil masa begitu lama. Dengan membawa bersama anak kecil, dia berasa begitu susah untuk menguruskan kedua-duanya.

Selepas berjumpa doktor, mendengar penerangan dan nasihat, ibunya itu dibawa untuk menjalani pemeriksaan X Ray dan masuk berjumpa doktor sama kembali.

Dalam sesi ‘nasihat’ itu, doktor berkenaan meminta maaf kerana mengambil masa agak lama dengan dua alasan. Pertama, orang ramai dan kedua, menunggu ujian darah yang diambil semasa mula-mula sampai.

Marah sipolan tadi bertukar menjadi reda kerana faham apa yang berlaku dan dia terus terpaku apabila ibunya itu bersuara lembut.

“Bagus doktor di sini, cakap dengan orang pun baik-baik tertib. Tak apalah tunggu lama sedikit, biasalah di mana-mana pun, lagin pun, kita yang pilih untuk datang sini” ujarnya.

Kesimpulannya, dengan bayaran yang rendah, negara kita juga mempunyai khidmat terbaik setanding di luar negara yang sudah tentu ‘menelan’ insurans yang kita bayar.

Tetapi berapa ramai dari kita yang sedar perkara itu sedangkan asal ada saja orang sakit kita akan sebut ‘apa lagi, bawalah ke hospital!

Masalahnya, berapa ramai pula yang sedar bahawa hospital yang disebutnya itulah hospital kerajaan. Jadi bukankah hospital kerajaan juga ada kelas?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *