ASWAJA: Tolong Hormati Emosi Keluarga

“Tolong hormati emosi keluarga, waris dan pihak berkaitan. Tidak perlu seolah-olah menunjuk itu dan ini yang sepatutnya. Jadilah mufti yang dihormati bukan seperti menangguk di air yang keruh.”

Demikian tegas Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) Dr Zamihan Mat Zin Al Ghari berhubung kenyataan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

 

 

“Kenyataan beliau (Mohd Asri) yang disiarkan dalam satu media berhubung isu kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dikesan mengandungi hasutan dan kebencian.

“Buktinya menerusi kenyataan Mohd Asri mengatakan bahawa maahad tahfiz di mana-mana saja tidak memenuhi syarat sepenuhnya. Kenyataan ini tidak disokong dengan sebarang fakta atau statistik yang jelas.

“Kenyataan ini menunjukkan secara sengaja memberi gambaran buruk kepada masyarakat bahawa semua maahad tahfiz sengaja melanggar syarat yang digariskan pihak berkuasa agama. Lupakah beliau bahawa ada Maahad Tahfiz milik kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan swasta yang memenuhi spesifikasi yg digariskan.

“Manakala hanya segelintir sahaja yang tidak mematuhi garis panduan yg ditetapkan bukan kesemuanya. Jadi, lafaz semuanya yang dipergunakan oleh beliau adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Zamihan berkata, dalam kenyataan lain beliau menyatakan bahawa sekiranya mereka masih hidup tentu banyak sumbangan yang boleh diberikan.

Menurutnya, kenyataan ini membuktikan beliau cuba menuding kesalahan kepada pihak pengurusan tahfiz berkenaan dan cuba membangkitkan emosi amarah ibu bapa pelajar berkenaan.

Katanya, pihaknya berharap agar semua pihak menghormati emosi keluarga dan pengurusan tahfiz selepas tragedi yang berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *