130 Keluarga di Kedah Terjejas Banjir

 

SEKURANG-kurangnya 130 keluarga membabitkan 399 mangsa terjejas akibat banjir kilat di Kedah setakat jam 1.30 tengah hari ini susulan hujan lebat sejak semalam.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azhar Ahmad berkata, kawasan terjejas membabitkan Semeling, Bedong, Tikam Batu dan Gurun.

Beliau berkata, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah menggerakkan aset dan anggota untuk membantu mangsa bersama agensi lain dan memantau kemungkinan membuka pusat pemindahan sementara.

“Sehingga jam 12 tengah hari tadi 47 keluarga di Gurun terjejas membabitkan 160 mangsa, iaitu 30 keluarga dan 100 mangsa di Kampung Bongkok dan Kampung Kepala Bukit (17 keluarga, 60 mangsa).

“Di Kampung Padang Regent, Tikam Batu, 40 keluarga membabitkan 200 mangsa terjejas, diikuti di Kampung Batu 5, Simpang Bujang (dua keluarga, lapan mangsa), Kampung Sungai Badak (30 keluarga, 120 mangsa), Kampung Dakwah (empat keluarga, 10 mangsa), Kampung Makau (empat keluarga, 12 mangsa) terjejas.

“Turut terjejas tiga keluarga di Kampung Paya Suri, Semeling membabitkan sembilan mangsa dan kita turut memindahkan seorang warga emas, Siti Aminah Rejab, 74, ke rumah keluarga di kawasan berdekatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Katanya, sebanyak 30 anggota APM terbabit operasi berkenaan bersama agensi lain-Harian Metro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *