Tangkal Ghaib/Kebal Penyamun Tak Berhasil

 

TAKTIKNYA adalah memakai tangkal sebagai perisai kononnya dapat mengelak daripada dikesan pihak berkuasa menjadi antara kepercayaan karut seorang lelaki yang melakukan kegiatan jenayah pecah rumah sewa penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di sekitar Kuantan.

Malah suspek berusia lingkungan 30 an itu hanya memecah masuk rumah pelajar wanita sahaja sebelum melarikan beberapa barang berharga.


Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Othman Nayan, suspek yang juga ketua sebuah kumpulan jenayah terbabit dalam sekurang-kurangnya 24 kes samun, pecah rumah dan curi kenderaan sejak Januari tahun ini.

“Siasatan mendapati kesemua rumah yang dipecah masuk diduduki penuntut perempuan dan suspek kebiasaannya melakukan jenayah itu pada awal pagi ketika mangsa sedang tidur.

“Suspek juga menggunakan parang ketika melakukan aktiviti itu untuk menakut-nakutkan mangsa malah ada juga mangsa yang didakwa dicabul oleh suspek,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber, suspek pernah mencabul seorang mangsanya dengan meminta berbogel ketika memecah masuk rumah sewa pelajar perempuan.

Suspek merenung beberapa minit tubuh badan mangsa sebelum bertindak melarikan diri.

Difahamkam, suspek menggunakan tangkal serta kuku harimau yang dipercayai sebagai ilmu kebal bagi mengelakkannya dikesan pihak berkuasa.

Namun, orang ramai tidak perlu bimbang kerana suspek sudah pun berjaya ditahan beberapa hari lalu Susulan dan jumlah kerugian direkodkan kira-kira RM367,125.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *