Pelakon Wanita Popular ‘Dikasari’ Suami

Seorang pelakon wanita siri drama popular Mak Cun mendakwa dikasari suami dalam satu kejadian kira-kira jam 2.30 pagi di kediaman pelakon wanita, semalam.

MulutPuaka dapat maklumat bahawa itu bukan kali pertama mereka (suami isteri ni lah kan) bergaduh sehingga membuat laporan polis, sebaliknya difahamkan sudah ‘banyak’ kali.

Pelakon wanita itu turut mendakwa suaminya itu tiba-tiba berang dan bertindak menumbuk pahanya sambil menarik beg milik wanita terbabit sehingga koyak.

Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis di Wangsa Maju ekoran kejadian itu.

Dalam laporan itu, wanita berkenaan turut mendakwa pernah bergaduh dengan suaminya sehingga mengakibatkan patah tangan.

MulutPuaka tengok ganas juga pasangan ni ya, gaduh patah tangan, koyak beg. Kalau beg macam LV ada insurans. Yang penting sementara tunggu insuran tu menangis jugalah sebab LV RM4,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *