HARIMAU MALAYA: Skuad B-18 Terus Cemerlang

Skuad bola sepak kebangsaan bawah 18 tahun terus kekal cemerlang apabila berjaya mengikat Thailand 1-1 dalam aksi kumpulan A kejohanan AFF bawah 18 yang berlangsung di Mynmar beberapa hari lepas.

Keputusan berkenaan membolehkan pasukan kebangsaan yang dipimpin Bojan Hodak menghuni tangga teratas kumpulan A manakala Thailand pula berada di kedudukan kedua.

Skuad Kebangsaan akan berdepan Naib Juara Kumpulan B yang juga tuan rumah pada 15 September ini manakala Thailand pula akan menentang Indonesia.

Jika Malaysia dan Thailand berjaya ke pusingan akhir, episod Sukan Sea Kuala Lumpur bakal berulang dan mungkin kali ini skuad kebangsaan boleh mencipta kejayaan lebih gemilang.

Malangnya tiada siaran langsung perlawanan membabitkan Malaysia ini yang dijangka akan berentap pada waktu petang, mungkin boleh menonton menerusi live streaming.

Apa pun, tahniah kepada skuad bola sepak Malaysia bawah 18 dan harap boleh kekalkan momentum untuk melaksanakan misi balas dendam apabila skuad bawah 22 tahun kecundang pada perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *