HANTAR BALIK SAJALAH!

Pertubuhan Gagasan Pembela dan Pelindung Kebajikan Ummah Malaysia (GAGAH) menggesa kerajaan menghantar semula rakyat Myanmar, langkah drastik sebagai protes krisis di Arakan.

Presidennya Yahya Long Ali berkata, kekejaman pihak junta dan tentera Myanmar terhadap etnik Rohingya kini mengundang kemarahan  umat Islam di seluruh dunia dengan pelbagai pihak kini membuka mata terhadap penganiayaan etnik Islam di sana.
Katanya,  NGO di Malaysia antara yang lantang dan berada di saf depan dalam memperjuangkan isu kemanusiaan di Myanmar serta Bangladesh dan sesuatu langkah drastik difikirkan perlu ketika ini.
“GAGAH dengan ini mendesak kerajaan Malaysia agar
ribuan rakyat Myanmar di negara ini dihantar pulang ke negara asal sebagai membantah kekejaman pihak kerajaan dan tentera Myanmar yang terus membunuh orang Islam di sana.
“Selain itu, rakyat Myanmar di sini juga harus diberi kesedaran bagi sama sama membantu saudara senegara mereka di Myanmar. Keselesaan yang di berikan kita membuatkan sesetengah  mereka ini ada yang tidak mempedulikan saudara mereka di sana,” katanya.
Yahya berkata, penghantaran dan pembersihan rakyat Myanmar ini amat perlu supaya mereka sendiri akan menyalahkan dan mempersoalkan kerajaan Myanmar di atas pemulauan itu.
Katanya, hubungan diplomatik dengan Myanmar tidak perlu di putuskan tetapi tekanan ekonomi harus dilakukan bagi menyedarkan mereka bahawa Malaysia amat memandang serius isu ini.
” Kerajaan Malaysia juga harus mendesak OIC bagi mengadakan sidang khas membincangkan kekejaman yang berlaku di Myanmar kini.
“NGO di Malaysia juga diseru untuk terus memberi desakan terhadap Wisma Putra dan kerajaan Malaysia untuk melakukan sesuatu dalam menangani krisis yang tiada noktah ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *