23 Dipanggil Bantu Siasatan Kerana Merusuh

AKIBAT merusuh di depan pejabat sebuah akhbar berbahasa Tamil, seramai 23 individu dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan kejadian berkenaan.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya menerima tujuh laporan polis masing-masing daripada pihak akhbar berkenaan, MIC dan orang awam.

Katanya, polis menerima laporan bahawa terdapat 80 hingga 100 individiu merusuh pada 16 September lalu hingga menyebabkan beberapa individu cedera ringan.

” Polis juga akan melakukan siasatab dengan meneliti semula rakaman kamera litar tertutup dan video yang tular di laman sosial.

“Selain itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.
Beliau berkata, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *