Taikun Syarikat Korporat Ditahan Cabul Jururawat

APA NAK JADI??? Sudah bergelar CEO sebuah syarikat terkemuka pun masih berperangai binatang sanggup mencabul jururawat.

Natijahnya, CEO berusia lewat 50-an itu ditahan polis jam 9 pagi hari ini ketika memberi keterangan di IPD Subang.

Menurut sumber, suspek yang bergelar datuk dan jutawan itu mencabul seorang jururawat sebuah hospital swasta ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Katanya, kejadian itu berlaku empat hari lalu di mana mangsa juga membuat laporan di Balai Polis Subang sejurus insiden.

Pasukan JSJ IPD Subang Jaya terus membuka siasatan mengikut seksyen 354 KK sebelum merakamkan beberapa keterangan saksi selain meneliti rakaman CCTV di lokasi kejadian.

Sumber sama memberitahu Mulutpuaka bahawa suspek datang ke IPD kira-kira jam 9 pagi tadi dan mula menjaja beberapa TOP GUN dalam PDRM yang kononnya rakan baiknya.

Bagaimanapun jajaannya langsung tidak menakutkan pegawai penyiasat yang terus menahannya.

Jutawan terbabit juga dilapor cuba menawarkan pelbagai ‘kemudahan’ kepada pegawai polisterbabit untuk menutup kes berkenaan tetapi tindakannya itu tidak dipedulikan pegawai penyiasat.

Suspek kemudian dibawa ke mahkamah dan perintah reman selama empat hari diperoleh.

Penahanan taikun/CEO itu disahkan OCCI Selangor yang dilaporkan akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi.

SALUTTTTT JSJ IPD Subang atas keberanian dan tindakan yang tidak memilih bulu dalam menjalankan siasatan.
BERIBU-RIBU Tahniah atas integriti dan komitmen anda JSJ Subang Jaya. Kamu Terbaik!!!

Moga insiden ini membuka mata golongan VVIP/Atasan supaya tidak menganggap hirarki/status mereka mampu melepaskan diri dari kesalahan jenayah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *