Rohingya Terus Menangis

Menteri Luar Bangladesh Abul Hassan Mahmud Ali menyifatkan kekejaman Myanmar terhadap etnik Rohingya di negara itu sebagai tindakan sistematik ‘penghapusan etnik’ atau Genocide.
Tindakan sistematik kerajaan Myanmar memperlihatkan penghijrahan besar-besaran etnik Rohingya yang sudah mencecah angka 300,000 sejak dua minggu lalu apabila pihak tentera kerajaan mula menyerang beberapa perkampungan di Rakhine, Myanmar.
“Komuniti antarabangsa sendiri menyatakan bahawa tindakan Myanmar sebagai penghapusan etnik. Kita juga menyifatkan tindakan itu sebagai penghapusan etnik.
Abul Hassan dijangka akan bertemu dengan beberapa diplomat dari negara barat termasuk negara Arab untuk mendapatkan sokongan sekali gus mencari jalan penyelesaian terhadap masalah di negara jiran Bangladesh berkenaan.
Beliau pada masa sama berkata, seramai 300,000 Rohingya sudah melarikan diri dalam tempoh dua minggu saja menjadikan jumlah keseluruhan yang mendapatkan perlindungan di negara itu adalah 700,000.
“Masalah ini bukan masalah dalaman Myanmar lagi, ia sudah jadi kami yang memberikan perlindungan kepada pelarian ini.
“Sejak tercetuskan krisis yang terbaru ini, kami difahamkan sudah 3,000 etnik Rohingya terbunuh. Ini satu angka yang besar,” katanya.
ANGKA PELARIAN ROHINGYA DI BEBERAPA NEGARA
1. Arab Saudi – 200,000
2. Emeriah Arab Bersatu – 10,000
3. Pakistan – 350,000
4. India – 40,000
5. Bangladesh – 731,000
6. Malaysia – 150,000
7. Thailand – 5,000
SUMBER: ALJAZEERA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *