Motor Warga Emas Dibakar Pengkhianat!!!

SEORANG wanita yang juga pesara berusia 59 tahun terkejut apabila motosikal miliknya dibakar individu tidak dikenali di hadapan rumahnya di Cheruk Tok Kun, di Bukit Mertajam awal pagi tadi.
Mangsa hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan jirannya dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi tadi.
Menurut sumber, mangsa meletakkan motosikal yang didaftarkan atas nama
menantunya di garaj di hadapan rumah mereka.
“Mangsa terkejut apabila dimaklumkan jirannya bahawa motosikal miliknya dibakar.
“Wanita terbabit juga mendakwa tidak mempunyai musuh dan tidak mengetahui punca kejadian berkenaan selain tidak mengesyaki sesiapa,” katanya menjelaskan mangsa membuat laporan di Balai Polis Machang Bubok.
Sumber memberitahu Mulutpuaka, sepasukan polis yang dikejarkan ke lokasi kejadian sudah merakamkan percakapan saksi dan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (KK).
Katanya, pihak berkuasa sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenalpasti suspek yang melakukan kejadian berkenaan.
Mulutpuaka kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab individu tertentu yang melakukan kegiatan berkenaan.
Ia bukan saja menjejaskan mangsa sebaliknya menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat.
Insiden sedemikian tidak patut berlaku. Jika ada sebarang masalah ia boleh diselesaikan dengan baik.
MulutPuaka doakan pelaku jenayah akan dikenalpasti sekaligus ditahan untuk proses pengadilan. Buat baik dibalas baik, buat jahat buruk natijahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *