Lori Terbalik Pemandu Cuba Lawan JPJ

ENGGAN berhenti ketika ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), seorang pemandu lori bertindak membuang tanah di tengah jalan raya.
Perbuatannya membuang muatan tanah yang dibawanya dari sebuah kuari untuk dihantar ke satu lokasi tidak pasti itu bagaimanapun mengundang padah apabila lorinyatiba-tiba terbalik.
  MulutPuaka yang menerima kiriman video berdurasi 46 saat daripada pembaca prihatin meneliti rakaman video berkenaan.
  Biarpun lokasi dan masa kejadian tidak dinyatakan, insiden itu jelas berlaku di Malaysia.
 Jika diamati video berkenaan, pemandu lori itu bertindak membuang muatan dibawanya di tengah jalan raya berkenaan walaupun cuba dihalang anggota JPJ.
Ketika membuang tanah, lori itu tiba-tiba dilihat condong ke sebelah kiri sebelum terbalik dipercayai disebabkan keadaan jalan yang agak berbukit.
Lori terbalik itu disambut dengan ucapan “Alhamdulillah” oleh anggota JPJ berkenaan.
MulutPuaka dimaklumkan, lori terbabit tiada permit ataupun lebih dikenali sebagai LORI HANTU.
Jika dah salah kenapa perlu bertindak demikian, bila lori dah terbalik bukan saja susahkan diri sendiri sebaliknya pengguna jalan raya berkenaan turut terjejas.
Lagipun hendak bersihkan tanah yang berada atas jalan itu juga perlukan banyak masa.
Akai tak dak punya driver!!!!!! Cap Ayam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *