“ALLAH ADA, MAMA TAK GOYANG”

Berurusan dengan ceti haram atau along bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi ‘attitude’ mereka yang sangat agresif, terutama membabitkan janji untuk membayar hutang.
Namun dek kerana semangat untuk membantu mereka yang memerlukan, perasaan ‘cuak’ itu diketepikan dulu, sebaliknya bertawakal kepada Allah SWT.
Bagi Perunding Masalah Ceti Haram (PMCH) Aryati Razak, pengalamannya berdepan pelbagai perangai along sejak lebih enam tahun dulu memberikannya lebih ‘skil’ untuk berurusan dengan mereka.
Katanya yang mesra disapa Mama, tiada ilmu tertentu untuk berdepan along, sebaliknya niat yang betul akan memudahkan segalanya.
“Mama hanya berserah kepada Allah kerana dia yang mengatur segala-galanya. Dengan along ini, kita perlu menepati janji. Kalau janji bayar pada tarikh tertentu, bayarlah. Jika tidak, kita yang biasa pun berang,”katanya berkongsi pengalaman dengan mulutpuaka.
Mama berkata, ywng menjadi masalah ketika ini ialah peminjam yang mengambil kesempatan untuk melepaskan diri sebaik kes dikendali PMCH.
Menurutnya, sejak mula beroperasi, lebih 10 pengadu ‘buat hal’ apabila mendiamkan diri atau mematikan telefon bimbit selepas berjanji dengan along.
Keadaan itu menyebabkan dia dan anaknya, Ika, terpaksa memujuk along supaya memberi lebih tempoh untuk pengadu membuat bayaran seperti mana dijanjikan.
“Tapi orang kita pun 1, kadang-kadang pandai berjanji, tapi tak pandai tunaikan. Sudahnya NGO juga yang kena ‘buka bunga’, bagi alasan kepada along.
“Pernah Mama dulukan duit sendiri untuk selesaikan dengan along. Akhirnya, satu sen pun tak dapat balik. Tapi Mama percaya rezeki tuhan itu tetap ada, apatah lagi bila kita teraniaya,” katanya.
Mama berkata, setakat ini dia menguruskan PMCH bersama anak dan menantu dan hubungannya dengan along adalah seperti adik beradik yang saling faham antara satu sama lain.
“Tapi betullah kata orang, along tetap along. Mereka akan tetap tuntut hak mereka. Cuma yang meminjam tu, reti-retilah bayar balik,” katanya.
PMCH beroperasi setiap hari kecuali Ahad. Mereka yang mempunyai masalah boleh menghubungi 0123662127 untuk temujanji
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *