SULTAN MIZAN RAIH EMAS

sultan

Kebanggaan negara dan rakyat!.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan kuda ‘Rtes Annaversary’ bukan sahaja berjaya meraih pingat emas tetapi juga mencipta rekod baharu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara sukan kuda lasak kategori individu.

Baginda yang memakai jersi nombor 111 memulakan perlumbaan sejauh 80 kilometer (km) pada 3 pagi tadi di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) Lembah Bidong, di sini dan membenam rekod tiga jam lebih awal untuk menamatkan perlumbaan.

Baginda yang tiba di garisan penamat pada 8.18 pagi dengan catatan masa tiga jam 48 minit 38 saat , meleburkan rekod atlet Malaysia iaitu pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar, Mohd Sulaiman Muda yang mencatatkan enam jam 26 minit. -AstroAwani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *