PEJUANG ATAU PETUALANG AGAMA

zamihan

Namanya sering terkait dengan kontroversi dan polemik, terutamanya mengaitkan golongan yang dilabel sebagai ‘WAHABI’. Suara lantang dan nada kerasnya sering mendapat kecaman baik daripada golongan umum mahupun ‘agamawan’ yang tidak sekepala dengannya.

Ustaz Zamihan Mat Zin Al-Ghari yang juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak pernah sunyi dengan kontroversi dan polemik, malah namanya hangat diperkatakan sebaik dia menyahut pelawaan debat daripada Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ataupun MAZA.

Ada juga yang melabel Zamihan sebagai Syiah kerana begitu menentang Wahabi. Namun begitu, masih wujud kumpulan yang terus mempercayai perjuangan niat suci individu ini dalam memartabatkan Islam.

Zamihan mempunyai karektor ‘Frontal’ atau ‘direct-point’. Apa yang tidak kena dimatanya akan terus dizahirkannya tanpa mengenal siapa individu itu. Sifat Frontal Zamihan ini seringkali tidak disenangi oleh golongan yang tidak mempunyai fikrah yang sama.

Baik golongan Wahabi atau Pro-Zamihan, Team MulutPuaka tidak memihak kepada mana-mana organisasi, kami hanya bercakap atas fakta dan penilaian sendiri.

Team MulutPuaka pernah berjumpa dengan Ust Zamihan dalam satu majlis ceramah di sebuah masjid dan soalan pertama yang diajukan adalah, mengapa perlu Frontal dan mengapa perlu keras.

Zamihan menjawab ringkas dengan nada berseloroh bahawa sifat itu perlu untuk membanteras golongan yang sesat terutamanya Wahabi yang menjadi hobi mereka membidaahkan amalan orang.

“Saya bersifat frontal bersebab, jika mereka mengikuti ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah, saya tiada masalah. Kita boleh berkawan seperti semua orang. Tetapi selagi mana mereka (Team Pro-Maza) terus dengan agenda Wahabi, selagi itu kita tentang.

“Tentangan saya bersifat ilmiah dan bukan peribadi. Jika mereka berjanji tidak mahu menyebarkan ideologi Wahabi mereka, saya tiada masalah. Saya akan berdamai,” menurutnya ringkas.

Bagi Pro-Maza pula, Zamihan mempunyai 1001 celaan. Bagi Pro-Zamihan pula, Maza dan sekutunya memiliki 1001 celaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *