MENU BURGER SAMBIL BERHIBUR

20170722_133949

Jika menu Burger, banyak lokasi yang menawarkan sajian pelbagai jenis Burger, namun tidak banyak lokasi yang menawarkan pakej hiburan seisi keluarga seperti Restoran Johnny Rockets (JM).

Team MulutPuaka beberapa kali memilih lokasi ini terutamanya JM The Curved Mutiara Damansara. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa menariknya lokasi ini.

Selain menikmati hidangan ala barat seperti burger dan snek, anda seisi keluarga boleh berhibur kerana hampir setiap 10 minit, pelayan JM ini akan mengadakan FlashMobs sambil diiringi muzik rancak menggembirakan.

Seronok bukan. Kalau sekadar makan, dekat mana-mana pun boleh makan. Tetapi di Restoran JM ini, hiburan FlashMobs menjadi pilihan. Bukan saja untuk pekerja, malah sesiap saja yang ingin menyertai FlashMobs ini sangat dialukan.

FlashMobs mungkin perkara kecil bagi sesetengah orang, bagaimana pula dengan set mewarna untuk anak anak. Sebaik anda duduk di meja makan yang dipilih, pekerja akan datang member menu dan kertas lukisan bercorak dan pensil warna.

Itu semua untuk anak anda, sambil menikmati juadah, kanak-kanak boleh ‘duduk diam’ sekejap mewarna.

Kertas lukisan yang siap diwarna, akan ditampal di pintu dan dinding restoran JM ini. Menarik bukan. Harga juga berpatutan (berpatutan untuk sesekali saja ;)…

Have a nice try guys!!!!!!

JM1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *