LENOVO Y520

 

 

Jika melihat kepada pelbagai jenama laptop di pasaran yang menawarkan spesifikasi tinggi khas untuk permainan video atau bahasa mudahnya ‘Gaming Laptop’, anda akan pening kepala kerana bermacam jenama menawarkan spesifikasi yang hampir sama.

Dahulu, jenama laptop spesifikasi tinggi ini banyak dikuasai oleh ASUS dengan model ‘Republic of Gamers’ atau ROG. Tidak dinafikan model berkenaan masih utuh terutamanya dalam kalangan peminat tempatan, namun sejak awal tahun ini, LENOVO tampak serius dalam perlumbaan jenama ini.

Dengan kemasukan model terbaru LENOVO iaitu LEGION Y520 yang dicipta khas untuk peminat permainan video, LENOVO serius untuk menandingi pasaran yang selama ini dikuasai oleh ASUS ROG.

SPESIFIKASI LENOVO Y520 i7 7700HQ

Processor Intel Core i7 Generasi ke-7
Sistem Operasi Window 10 Home
Paparan (Display) 15.6 inci (1920×1080) Anti-Glare dengan Teknologi IPS
Kad Grafik Nvidia GTX-1050ti (2GB/4GB) VRAM DDR5
Memori >16GB DDR4 Memory
Sistem Storan >512GB PCIe SSD atau 2TB HDD
Bateri >4 jam
Connectivity 802.11 AC 2×2 WIFI + Bluetooth
Berat 2.4 KG
Port 2 USB 3.0, USB 2.0, HDMI, USB Type C, USB Type C, RJ45, 4-in-1 card reader, audio jack, microphone jack
HARGA >RM4,900

ULASAN TEAM GAJET MULUTPUAKA

Berdasarkan spesifikasi diatas, LENOVO tidak hanya mencipta peranti atau laptop ‘tangkap muat’ sahaja, namun mahu mencabar kedudukan beberapa jenama lain terutamanya ASUS ROG

Menggunakan system pemprosesan terkini iaitu i7 (Generasi ke-7) dan dikuasakan oleh Nvidia GTX-1050ti yang menggunakan VRAM DDR5, sudah pasti permainan video bertaraf lima bintang dengan mudah boleh menggunakan sistem ini.

Ujian menggunakan menggunakan perisian 3DMark juga jelas menunjukkan penguasaan LENOVO Y520 berbanding beberapa jenama laptop lain.

Jika anda pening untuk memilih laptop pilihan terutamanya bagi kaki gamers, jangan bimbang untuk memilih LENOVO Y520 i7 yang pastinya menjanjikan pengalaman berbeza dan umpama bermain menerusi desktop.

Sistem yang berkemampuan dengan pemprosesan terkini dikuasakan oleh kad grafik GTX-1050ti sudah pasti memberi pengalaman sama dengan ‘desktop’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *