IBU TUNGGAL CARI PENDAPATAN

IMG-20170815-WA0005.jpg

Seorang ibu tunggal nekad menjual semua jubah dan pakaian miliknya semata-mata mahu mencari wang untuk melunaskan tunggakan rumah sewanya.
Dengan nilai keseluruhan lebih RM5,000, dia kini mencari ahli perniagaan untuk membeli secara pukal semua stok pakaian yang disimpannya sejak beberapa bulan lalu untuk mendapatkan wang segera.
Maimunah, 53, berkata, dia mengalami masalah kewangan selepas terbabit kemalangan yang menyebabkan semua aktiviti perniagaan online diusahakannya sejak dua tahun lalu.
Katanya, semua pakaian itu kini disimpan di rumah sewa berkenaan dan dia memerlukan sejumlah wang untuk membayar tunggakan selama empat bulan berjumlah RM1,400.
“Saya memang terdesak sangat sekarang. Dua anak perlukan belanja sekolah dan universiti. Saya tak ada harta lain untuk dijual melainkan semua stok baju, jubah dan kurta yang masih ada dalam simpanan.
“Jika tidak, saya tidak dapat teruskan perniagaan kerana tidak ada modal langsung. Walaupun saya hanya ada semua itu sebagai barang niaga, tetapi saya sangat perlukan modal,” katanya.
Maimunah turut membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung masalahnya itu.
Sementara itu Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya memberikan bantuan awal kepada Maimunah bagi meringankan beban ditanggung.

Katanya, pihaknya menerima banyak aduan seperti itu dan sebahagian besarnya mempunyai masalah kewangan seeta buntu untuk menyara keluarga masing-masing.

IMG-20170815-WA0006.jpg

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *