DEVAN ‘AL CAPONE’ MALAYSIA?

NAMA Kumpulan kongsi gelap, Geng 360 Devan ‘panas’ diperkatakan semula rentetan penahanan enam pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang membantu kumpulan itu menyeludup dadah.
Geng 360 Devan dinamakan sempena ketuanya, Devan, 40-an iaitu antara individu ‘MOST WANTED’ oleh Bukit Aman atas pelbagai kesalahan jenayah seperti pembunuhan, pengedaran dadah, dan pemerasan.
Siapa sebenarnya Devan masih menjadi persoalan sehingga kini kerana identiti lelaki MISTERI yang menjalankan perniagaan haram bernilai puluhan juta ringgit itu sebulan dikatakan tidak pernah diketahui Bukit Aman selain hanyalah gambaran dan namanya sahaja.
Menurut sumber, Devan yang menyedari dirinya menjadi buruan Bukit Aman dilapor lari meninggalkan negara ini sejak tahun 2016 ke Thailand melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Sejak itu, khabar beritanya tidak lagi didengari tetapi namanya sering disebut anggota kumpulannya dan polis Bukit Aman.
 Untuk rekod, Devan menjadi buruan Bukit Aman sejak tahun 2000 tetapi sudah hampir 17 tahun, dia masih gagal dicekup pihak berkuasa.
Kelicikannya meloloskan diri daripada Bukit Aman khususnya menarik minat MulutPuaka untuk menyiasat sejauh mana ‘kehebatan’ lelaki itu.
Hasil risikan dilakukan MulutPuaka, Devan yang berjaya keluar dari Malaysia ke Thailand ketika Ops Cantas Khas dilancarkan kini bersembunyi di INDIA.
 Walaupun berada di luar negara, Devan tetap berjaya menguruskan PERNIAGAAN HARAMNYA terus dijalankan konco-konconya.
Devan mula bertapak dalam kumpulan kongsi gelap 36 di Kajang sebelum mengembangkan empayarnya di Selangor dan Kuala Lumpur.
Penggunaan senjatapi menjadi jalan mudah Devan dan konconya untuk mengembangkan empayar mereka walaupun ditentang kumpulan lain.
Devan dengan jelas mendalangi pembunuhan beberapa ketua kumpulan kongsi gelap lain yang tidak sebulu dengannya termasuklah pembunuhan ketua kumpulan SATU HATI iaitu Kanna dan Surya.
Menurut sumber, penahanan orang kuat Devan termasuk hampir 30 pengikutnya menjejaskan perniagaan haramnya.
Apatah lagi ENAM TALI BARUT dari JKDM yang bersekongkol memberi akses kepada Geng 360 Devan untuk
menyeludup masuk atau keluar dadah dari Malaysia dicekup Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.
Sumber memberitahu MulutPuaka, Devan yang kini kepanasan mula
merekrut ahli-ahli baru bagi menggantikan pengikut kanannya yang kini dalam tahanan PDRM.
Devan menyedari, orang kanannya yang ditahan mengikut SOSMA tidak akan dibebaskan dengan mudah.
Dalam perkembangan sama, MulutPuaka diberitahu kenapa identiti Devan masih kabur kerana dia mengamalkan ‘cut off’ antara dia dan pemimpin kanannya.
“Dalam bahasa mudahnya, kalau pemimpin kanan pun hanya berhubung melalui telefon dan bukan bersemuka apatah lagi anggota bawahan kumpulan itu.
“Ini sebabkan identitinya masih kabur tetapi Bukit Aman secara serius sedang berusaha mengenalpasti siapakah dia,” katanya menjelaskan, risikan PDRM antara yang terbaik di dunia.
Katanya, masa akan menentukan samada Devan mati dalam pelarian ataupun ditahan dan diseret ke muka pengadilan.
KRONOLOGI BERKAITAN GENG DEVAN 360
1 Ogos – 6 pegawai JKDM ditahan PDRM kerana jadi ejen Devan untuk seludup dadah
30 Mei – Pegawai polis wanita S Kushalani, 31, dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana bergaul dengan geng Devan
15 Mei – 16 pegawai/anggota JSJN Bukit Aman ditahan bersekongkol dengan sindiket dadah dalam Op Kabaddi 2
Sejak Februari hingga kini – lebih 30 pengikut Devan ditahan termasuk pemimpin kanan kumpulan itu
-polis turut rampas dadah (RM1.75 juta), 8 pistol, 768 peluru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *